Monday 30 March 2015

RUMAH KECIL BERWAJAH BARU


Rumah yang besar sedikit, boleh muat 2 hingga 5 orang. Package bersama extra tilam double. Harganya RM100 bagi satu malam. Keistimewaannya, tak perlu sewa tilam lagi sebab sudah tersedia dan sofa boleh digunakan juga. 


Waktu Check-in ialah pada pukul 12 petang dan Check-out pada pukul 11 pagi di hari berikutnya. Saya perlukan masa satu jam tersebut untuk berkemas dan menukar apa yang patut.  

Tempahan penginapan bergantung kepada First Come First Serve Basis. Siapa yang memberi deposit separuh dari harga penginapan yang akan dikira sebagai Confirm. Hendak bayar sepenuhnyapun tidak menjadi masalah!. 
Separuh bayaran lagi harus diberi sewaktu mengambil kunci. Deposit haruslah dijelaskan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh. Pembatalan jika 5 hari sebelum, deposit akan dipulangkan. Tetapi jika kurang dari 5 hari, nampaknya hanya separuh deposit yang akan dipulangkan. 
Come on!! takkan tak jadik pulak...

Ini kesah Rumah Hijau.






Kesah Rumah Orange dan Rumah Merah pulak...
Rumah yang kecil sedikit dari rumah hijau, boleh muat 2 - 4 orang dewasa.  Yang ini RM80 satu malam. Ada 2 unit. Saya menyediakan sewaan tilam RM10 bagi saiz double dan RM5 untuk saiz single. 
Sudah beberapa kali budak-budak student menginap sampai 4 orang. Nampaknya mereka okey aje, no hal katanya. Ala.. budak-budak, peduli apa, janji boleh tidur dan mandi dengan selesa..kan..kan..kan..








View Rumah Kecil mengikut warna, Hijau, Orange dan Merah... 

No. contact: 0142696470. Silalah tekan button cellphone laju-laju...







MAKLUMAT TAMBAHAN:

Dari Highway Seremban/Port Dickson, ikut signage ke Telok Kemang. Teruskan perjalanan sehingga bertemu roundabout, ambil kiri ke Telok Kemang sehingga bertemu perkuburan Islam di sebelah kanan. Pandang ke kiri dan nampak signage CONTINENTAL. Ambil kiri dan terus ke signage CONTINENTAL, seterusnya nampak bengkel motosikal Ban Hin di hadapan dan dongak ada tertera besar YAMAHA dan HONDA. Homestay tersebut di belakang Bengkel Ban Hin tersebut. Senangkan!
Dekat dengan jalan besar dan dekat dengan pantai..     

Dekat dengan semua lokasi tempat harus lawat. 

*Dataran Teluk Kemang
*Blue Lagoon.
*Pusat SAINS Marin
*Kolej Jururawat Port Dickson
*Hotel Ancasa Resort.
*PUSASDA,
*PD ostrich
*Politeknik PD,
*High way seremban-port dickson dan dll kemudahan asas seperti kedai makan, pasar raya pasar.
Jerit aje jika mahu roti canai atau teh tarik...

  IKLAN YANG DIKELUARKAN....

"Home stay - Design like Chalet
300 meters from beach - Teluk Kemang 7th Mile
Near to Pasar and Pekan Teluk Kemang
New Building and with new facilities

Coordinate Location 2.463914, 101.852629
Google Map https://www.google.com.my/maps/place/2%C2%B027'50.1%22N+101%C2%B051'09.5%22E/@2.463914,101.852629,308m/data=!3m2!1e3!4b1!4m2!3m1!1s0x0:0x0?hl=en

Accommodation to 2 - 3 persons

Interested please call or WhatsApp - Noorsham 014 269 6470
Read more at http://www.mudah.my/Rumah+Kecil+Teluk+Kemang+Port+Dickson-"


Kemudahan lain:

Kemudahan asas sahaja, Tidak ada dapur untuk memasak.
Namapun bercuti, jadi jawabnya.. tugas memasakpun kena cuti.

Peralatan yang dibekalkan,
TV
Peti sejuk
Penghawa dingin 
Kipas siling
2 helai tuala mandi 
Telekong/Sejadah
Sedikit pinggan mangkuk/sudu/pisau dll
Setiap unit mempunyai sofa

Shower luar untuk mencuci badan selepas mandi laut ada di tengah-tengah kawasan. 
Iron dan ironing diberi kepada penginap yang memerlukan, tetapi perlu dipulangkan dihari yang sama untuk kegunaan orang lain pula. 
BBQ set di sewa RM5. Arang dan kelengkapan lain kena sedia sendiri.  Kerusi taman percuma. 




No comments:

Post a Comment