Friday 10 January 2014

PENGENALAN



PENGUMUMAN:

BUAT MASA INI, RUMAH KECIL YANG INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA SATU MASA KELAK... UNTUK RENOVATION



Mari kita berkenalan dulu dengan Si Rumah Kecil. Tak kenal maka tak cinta.Kesahnya begini...

RUMAH KECIL

(Memang comel aje rumah ni.. tu yang dipanggil rumah kecil. Nampak comel je, nampak kecil je!!)

Rumah Kecil terletak di Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang di lokasi yang strategik di mana ia berhampiran dengan lokasi-lokasi seperti di bawah:

1 Kilometer dari Pekan Teluk Kemang
700 meter dari Pantai perkelahan
13 KM dari Bandar Port Dickson
300 meter dari Pasar Teluk Kemang
Rumah Kecil berukuran ~20 x 35 kaki memiliki kawasan dapur, katil (Queen size) dan bilik air serta lengkap dengan peralatan elektrik seperti tertera di bawah:

Air Condition Unit
Bilik Air (saiz 20 x 10 Kaki)
Unit Dapur mini
Cerek Elektrik
LCD TV dengan Program ASTRO

PS: Bukan movie PS I LOVE YOU okey!

Other terms and conditions:

Muslims sahaja.
Bukan muhrim tidak dibenarkan,
 

kalau setuju dengan syarat yang diberikan boleh terus contact nama  dibawah.

Sewaan – RM70 satu malam (2pm – 12pm)


Sila Hubungi Noriah – 017 326 7760

Itulah dah kata, sebab namanya Rumah Kecil, hargapun kecil jugak...
Baik semak kalendar sekarang, mungkin boleh block satu hari/hujung minggu/cuti umum yang indah untuk berkelah di Pantai Teluk Kemang. Bukan setakat boleh mandi laut, tetapi boleh juga tengok Rumah Api, Baitul Hilal (yang tengok anak bulan), Muzium Tentera, Lukut Muzium, ostrich  farm, Mini Zoo di Tiara Beach Resort (RM6 per entry), jeti kayu ke pulau burung (jeti yang selalu buat filem drama) dan tidak ketinggalan jalan-jalan cari makan di Pekan Port Dickson. 



Gambar-gambar ada di bawah iye.. jengok-jengoklah.
Di harap maklumat diatas jelas.

TERIMA KASIH

Ruang (1)


Kita mulakan dengan ruang ini. Rumah kecil ini tak banyak diceritakan. Okey lah, pintu yang cantik tu pintu bilik air ya! Itu aje, harap maklum..

Ruang (2)


Tak tahu hendak namakan apa gambar ni. Barang-barang yang ada dibekalkan. TV kecil, radio dan rak buku yang masih ada buku. Mostly buku kanak-kanak. Boleh dibaca, tapi tidak boleh diambil. Buku lama yang dah boleh dikategori masuk muzium, buku yang berusia lebih dari 25 tahun tu.. nostalgia.

Ada sejadah,  telekung, iron, ironing board dan wardrobe untuk hang baju. Alahai, kalau sekadar satu hari satu malam, tak sempat hendak sangkut baju. Silap-silap sekadar untuk tidur aje, betul tak? Macammanapun almari itu sedia berkhidmat, jika diperlukan.

Pantry



Pantrynye kecil aje, setakat nak goreng telur sebiji tu bolehlah. Kalau nak beriya masak macam kenduri tu minta maaf aje. Kalau malas, jerit aje dikedai mamak di depan rumah. Pekena coti canai ke, tosei ke, lagi best. Mamak teh o ice limau satu...

Map

Lokasi..lokasi..lokasi , penting ni..
Nanti sesat pulak. Iye ke boleh sesat di Teluk Kemang! Biar betul? Kat Zurich den tak sosek... kat Teluk Kemang boleh sosek.. jangan bikin ma..lu..

Landmark, dekat dengan kedai motor..apeke namanya.. sorry tak ingat, nanti tanya mak, dia hafal nama cina tu.

Dah dapat dah mananya BAN HIN MOTORS!!. Terpampang besar nama kedai motor ni, Senang kan..

Pemandangan Rumah Kecil dari Luar


Ehemm.. pemandangan memang tak ada yang istimewapun. Hanya sebuah rumah kecil di sebuah kampung. Tapi pantai laut dokek aje, Kalau nak tengok air berkejar  jalan kaki dalam 5 minit sampai lah.Itu kalau berjalan, kalau berlari, lagi cepat.. tak sampai 5 minit kut. tu, cuma berpeluh ketiaklah jawabnya. Tak ape! boleh terus terjun mandi laut...

Kesah katil



Sebuah Queenbed dengan extra tilam and of course extra bantal jugak. Untuk penghuni 4 orang tu cantiklah.. Lebih dari 4 orang tu memang tidak digalakkan, takut tak dapat bernafas pulak nanti jika ramai sangat..pasal katil nampaknya kena one two zoom, siapa tidur di katil dan siapa tidur di tilam..