Cukup tak detail yang diperlukan... harap pembaca dapat memberikan cadangan untuk memperbaiki lagi info yang diperlukan.
Homestay Rumah Kecil Teluk Kemang Port Dickson, N9
Sunday, 16 August 2015
Monday, 27 July 2015
Tuesday, 16 June 2015
Wajah Terkini Rumah Kecil Telok Kemang 1 Jun 2015
Cuba-cuba buat landscape.. harap-harap pokok-pokok bunga yang ditaman hidup.
Asyik terlupa hendak memberitahu keujudan si pancur air ini. Terletak di antara Rumah Hijau dan Rumah Orange.
Monday, 30 March 2015
RUMAH KECIL BERWAJAH BARU
Rumah yang besar sedikit, boleh muat 2 hingga 5 orang. Package bersama extra tilam double. Harganya RM100 bagi satu malam. Keistimewaannya, tak perlu sewa tilam lagi sebab sudah tersedia dan sofa boleh digunakan juga.
Waktu Check-in ialah pada pukul 12 petang dan Check-out pada pukul 11 pagi di hari berikutnya. Saya perlukan masa satu jam tersebut untuk berkemas dan menukar apa yang patut.
Tempahan penginapan bergantung kepada First Come First Serve Basis. Siapa yang memberi deposit separuh dari harga penginapan yang akan dikira sebagai Confirm. Hendak bayar sepenuhnyapun tidak menjadi masalah!.
Separuh bayaran lagi harus diberi sewaktu mengambil kunci. Deposit haruslah dijelaskan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh. Pembatalan jika 5 hari sebelum, deposit akan dipulangkan. Tetapi jika kurang dari 5 hari, nampaknya hanya separuh deposit yang akan dipulangkan.
Come on!! takkan tak jadik pulak...
Ini kesah Rumah Hijau.
Kesah Rumah Orange dan Rumah Merah pulak...
Rumah yang kecil sedikit dari rumah hijau, boleh muat 2 - 4 orang dewasa. Yang ini RM80 satu malam. Ada 2 unit. Saya menyediakan sewaan tilam RM10 bagi saiz double dan RM5 untuk saiz single.
Sudah beberapa kali budak-budak student menginap sampai 4 orang. Nampaknya mereka okey aje, no hal katanya. Ala.. budak-budak, peduli apa, janji boleh tidur dan mandi dengan selesa..kan..kan..kan..
View Rumah Kecil mengikut warna, Hijau, Orange dan Merah...
No. contact: 0142696470. Silalah tekan button cellphone laju-laju...
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Dari Highway Seremban/Port Dickson, ikut signage ke Telok Kemang. Teruskan perjalanan sehingga bertemu roundabout, ambil kiri ke Telok Kemang sehingga bertemu perkuburan Islam di sebelah kanan. Pandang ke kiri dan nampak signage CONTINENTAL. Ambil kiri dan terus ke signage CONTINENTAL, seterusnya nampak bengkel motosikal Ban Hin di hadapan dan dongak ada tertera besar YAMAHA dan HONDA. Homestay tersebut di belakang Bengkel Ban Hin tersebut. Senangkan!
Dekat dengan jalan besar dan dekat dengan pantai..
Dekat dengan semua lokasi tempat harus lawat.
*Dataran Teluk Kemang
*Blue Lagoon.
*Pusat SAINS Marin
*Kolej Jururawat Port Dickson
*Hotel Ancasa Resort.
*PUSASDA,
*PD ostrich
*Politeknik PD,
*High way seremban-port dickson dan dll kemudahan asas seperti kedai makan, pasar raya pasar.
Jerit aje jika mahu roti canai atau teh tarik...
IKLAN YANG DIKELUARKAN....
"Home stay - Design like Chalet
300 meters from beach - Teluk Kemang 7th Mile
Near to Pasar and Pekan Teluk Kemang
New Building and with new facilities
Coordinate Location 2.463914, 101.852629
Google Map https://www.google.com.my/maps/place/2%C2%B027'50.1%22N+101%C2%B051'09.5%22E/@2.463914,101.852629,308m/data=!3m2!1e3!4b1!4m2!3m1!1s0x0:0x0?hl=en
Accommodation to 2 - 3 persons
Interested please call or WhatsApp - Noorsham 014 269 6470
Read more at http://www.mudah.my/Rumah+Kecil+Teluk+Kemang+Port+Dickson-"
Kemudahan lain:
Kemudahan asas sahaja, Tidak ada dapur untuk memasak.
Namapun bercuti, jadi jawabnya.. tugas memasakpun kena cuti.
Peralatan yang dibekalkan,
TV
Peti sejuk
Penghawa dingin
Kipas siling
2 helai tuala mandi
Telekong/Sejadah
Sedikit pinggan mangkuk/sudu/pisau dll
Setiap unit mempunyai sofa
Shower luar untuk mencuci badan selepas mandi laut ada di tengah-tengah kawasan.
Iron dan ironing diberi kepada penginap yang memerlukan, tetapi perlu dipulangkan dihari yang sama untuk kegunaan orang lain pula.
BBQ set di sewa RM5. Arang dan kelengkapan lain kena sedia sendiri. Kerusi taman percuma.
Friday, 10 January 2014
PENGENALAN
PENGUMUMAN:
BUAT MASA INI, RUMAH KECIL YANG INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA SATU MASA KELAK... UNTUK RENOVATION
RUMAH KECIL
(Memang comel aje rumah ni.. tu yang dipanggil rumah kecil. Nampak comel je, nampak kecil je!!)
Rumah Kecil terletak di Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang di lokasi yang strategik di mana ia berhampiran dengan lokasi-lokasi seperti di bawah:
1 Kilometer dari Pekan Teluk Kemang
700 meter dari Pantai perkelahan
13 KM dari Bandar Port Dickson
300 meter dari Pasar Teluk Kemang
Rumah Kecil berukuran ~20 x 35 kaki memiliki kawasan dapur, katil (Queen size) dan bilik air serta lengkap dengan peralatan elektrik seperti tertera di bawah:
Air Condition Unit
Bilik Air (saiz 20 x 10 Kaki)
Unit Dapur mini
Cerek Elektrik
LCD TV dengan Program ASTRO
PS: Bukan movie PS I LOVE YOU okey!
Other terms and conditions:
Muslims sahaja.
Bukan muhrim tidak dibenarkan,
kalau setuju dengan syarat yang diberikan boleh terus contact nama dibawah.
PS: Bukan movie PS I LOVE YOU okey!
Other terms and conditions:
Muslims sahaja.
Bukan muhrim tidak dibenarkan,
kalau setuju dengan syarat yang diberikan boleh terus contact nama dibawah.
Sewaan – RM70 satu malam (2pm – 12pm)
Itulah dah kata, sebab namanya Rumah Kecil, hargapun kecil jugak...
Baik semak kalendar sekarang, mungkin boleh block satu hari/hujung minggu/cuti umum yang indah untuk berkelah di Pantai Teluk Kemang. Bukan setakat boleh mandi laut, tetapi boleh juga tengok Rumah Api, Baitul Hilal (yang tengok anak bulan), Muzium Tentera, Lukut Muzium, ostrich farm, Mini Zoo di Tiara Beach Resort (RM6 per entry), jeti kayu ke pulau burung (jeti yang selalu buat filem drama) dan tidak ketinggalan jalan-jalan cari makan di Pekan Port Dickson.
Sila Hubungi Noriah – 017 326 7760
Baik semak kalendar sekarang, mungkin boleh block satu hari/hujung minggu/cuti umum yang indah untuk berkelah di Pantai Teluk Kemang. Bukan setakat boleh mandi laut, tetapi boleh juga tengok Rumah Api, Baitul Hilal (yang tengok anak bulan), Muzium Tentera, Lukut Muzium, ostrich farm, Mini Zoo di Tiara Beach Resort (RM6 per entry), jeti kayu ke pulau burung (jeti yang selalu buat filem drama) dan tidak ketinggalan jalan-jalan cari makan di Pekan Port Dickson.
Gambar-gambar ada di bawah iye.. jengok-jengoklah.
Di harap maklumat diatas jelas.
TERIMA KASIH
Ruang (1)
Kita mulakan dengan ruang ini. Rumah kecil ini tak banyak diceritakan. Okey lah, pintu yang cantik tu pintu bilik air ya! Itu aje, harap maklum..
Ruang (2)
Tak tahu hendak namakan apa gambar ni. Barang-barang yang ada dibekalkan. TV kecil, radio dan rak buku yang masih ada buku. Mostly buku kanak-kanak. Boleh dibaca, tapi tidak boleh diambil. Buku lama yang dah boleh dikategori masuk muzium, buku yang berusia lebih dari 25 tahun tu.. nostalgia.
Ada sejadah, telekung, iron, ironing board dan wardrobe untuk hang baju. Alahai, kalau sekadar satu hari satu malam, tak sempat hendak sangkut baju. Silap-silap sekadar untuk tidur aje, betul tak? Macammanapun almari itu sedia berkhidmat, jika diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)